Mula2 terkejut juga, ingatkan guna oven masak kuih tapi guna dapur kayu. Yang bagusnya guna dapur kayu nie, kuih cepat masak berbandinglah guna oven. Nie wan letakkan gambar ye.
wannorashi blog
Sunday, October 23, 2011
Gotong royong membuat kuih bangkit
Mula2 terkejut juga, ingatkan guna oven masak kuih tapi guna dapur kayu. Yang bagusnya guna dapur kayu nie, kuih cepat masak berbandinglah guna oven. Nie wan letakkan gambar ye.
Thursday, October 13, 2011
Salam..
Mesti ramai yang pelik wan dah kurang cerita pasal susu ibu. Actually wan masih lagi membantu ibu-ibu di ofis sekiranya ada mereka yang memerlukan.Cuma untuk mengadakan Support Group Meeting (Perjumpaan Ibu ke Ibu ) dalam masa terdekat nie di ofis tidak rasanya. Sekiranya ada kelapangan, dan wan ada berjumpa dengan ibu-ibu yang mengandung, akan cuba promote juga tentang susu ibu. Walaupun telah mengadakan Program Susu Ibu di sini, namun masih ada ibu-ibu yang tidak tahu lagi . Yelah bukan semua ibu yang pergi masa Sambutan Susu Ibu dan SGM yang wan buat.
Cuma yang bestnya telah ramai yang cuba untuk menyusukan anak secara eksklusif.Insyallah akan bertambah dan bertambah lagi. Menyusu adalah satu fitrah, namun bagi wan ilmu perlu ada dalam diri supaya kita akan lebih yakin lagi.
Pasal kesihatan wan, mesti ramai yang telah tahu yang wan telah kena slip disc.Walaupun haya satu disc problem, tapi kesannya memang ketara.Wan tak boleh duduk lama dan berdiri lama. Ada wan baca boleh buat suntikan (daripada http://www.proclinics.com/) untuk mengurangkan sakit.Tapi macam tak berani. Bila nak period lagilah sakit pinggang nie. tapi wan punya problem banyak di bahu ..Memang kena redha dan banyakkan bersabar.
Tuesday, September 20, 2011
Aktiviti anak-anak
Sunday, August 21, 2011
Samb membuat Biskut Raya
Ok Biskut kedua yang dibuat adalah Biskut Cornflakes Kismis.Biskut nie pun tak susah dibuatnya.
Nie gambar biskut Cornflakes yang telah siap, cuma tinggal dibakar sahaja.
Selepas siap dibancuh, kena buat bulat dan perlu diisi dengan kismis di dalamnya. Gambar Najwa sedang meleperkan adunan bulat untuk diletakkan kismis
Dan akhirnya setelah diletakkan kismis, perlu disapu dengan putih telur dan digelekkan ke kelapa yang telah diparut. Wan tak sempat nak ambik gambar yang telah siap, sebab kena balik Shah Alam sebab esok Najwa nak g sekolah. Keje sekolah diapun tak siap lagi.
Membuat Biskut Raya dengan anak-anak
Nie pula gambar Najwa dan najla semasa membancuhkan tepung gandum ke dalam kacang yang telah diblender.
Setelah siap dibancuh, biskut ini perlu diterap, selepas diterap baru sapukan kuning telur.So, masa nie turn Najwa yang sapu.
Tara....biskut Mazola yang telah siap dibakar.
Thursday, August 18, 2011
Aktiviti memasak bersama dengan anak-anak
Em.. dah lama lagi tak update blog nie. Keadaan keje yang sedikit busy menyebabkan ku tak sempat update. Ok ni wan nak citer pasal aktiviti memasak bersama anak-anak. Sempena bulan puasa tahun nie, sekiranya ada kelapangan wan dan anak-anak akan memasak terutama pada hari Cuti. Kalau hari keje tak sempat, sebab balik rumah mesti dekat nak sampai pukul 6.30 . So, dah kepenatan ditambah lagi dengan Najla yang masih hendak menyusu dan sakit slip disc ku nie.
Nie gambar najwa sedang memukul telur dan gula untuk dibuat puding karamel.
Najwa tengah khusyuk memotong cendawan butang.Alhamdulillah Najwa nie sudah boleh diharap untuk melakukan kerja-kerja hirisan dan potongan.
Najla yang sedang menumis bawang dan daging cincang.
Tara......Spagethi Bolognaise yang telah siap.
p/s; Alhamdulillah puasa tahun nie, dah banyak kali wan melakukan terawih di Surau di rumah. Yelah kedua-dua anak wan dah besar. Najla pun dah tak takut dengan orang.Jadi senang sikit.Cuma yang tak best, rasanya 10 malam terakhir macam tak boleh sebab akan cuti bendera merah. Mudah2an akan datang lambat sikit.
Sunday, July 31, 2011
Salam......
Bersama rakanku Mazlina semasa pertandingan dijalankan.
Manakala pada 26 Jun aku sempat menghadiri SGM (Support Group Meeting) di Bangi. Semasa SGM nie aku masuk ke kumpulan Kak Kamariah. Jadi banyak ilmu yang dapat dikongsi terutama untuk ibu-ibu baru kerana tajuk SGM ye When have a New Baby.
Dan pada 16 Julai 2011, Hari Sambutan Susu Ibu peringkat MPSJ telah dijalankan.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun semasa hendak membuat sambutan baru je selesai Zon Bersih. Gambar nanti wan update kemudian ye. Boleh tengok di blog http://www.ezurin.blogspot.com/ tentang program nie.
Terima kasih kepada suamiku, anak-anakku, Pn. Sharifah (Setiausaha Puspanita MPSJ) , rakan-rakan ofis (Azlina, Nazrul, Shaiful, Raziq, Razif, Shahrizal, Diah, Zana, Nani dan lain-lain ),rakan-rakan Puspanita MPSJ dan kakitangan Di Bahagian Korporat , Kak Kamariah,pekerja-pekerja Susuibu.com para-para juri iaitu Salwa, Shahida, Dynas Mohktar, rakan PC yang hadir Rafidah, Hasma, Misah dan lupa juga kepada Ayu yang dapat hadir. Jasa baik anda diucapkan ribuan terima kasih.
Sekiaranya ada terkurang, maafkan ku ye.
Insyallah mungkin tentang sambutan ini akan disiarkan di TV1 mulai minggu ni pada jam 5 petang dan 8 malam.
Selepas Sambutan Susu Ibu, aku bergegas pula ke majlis perkahwinan anak buah suami. Alhamdulillah berjalan dengan lancar.
Cuma, mungkin setelah banyak aktiviti yang Wan buat pada bulan 6 dan 7, Wan telah kena serangan slip disc semula, pinggangku telah mulai sakit. Pada minggu lepas Wan telah MC 2 hari. Alhamdulillah pada hari ini, agak kurang sikit.
Jadi kesimpulannya Wan tidak boleh aktif sangat. Kesian kepada suami dan anak-anak di rumah. Hubby memang kena buat all keje rumah keranan Wan terpaksa kena bed rest.





